Kecerdasan buatan (AI) kini merupakan trend yang popular dalam industri teknologi pada 2024 dan Samsung Malaysia mengikuti trend tersebut dengan melancarkan televisyen pintar dan soundbar baharu yang dilengkapi fungsi AI. Sempena pelancaran ini, syarikat teknologi itu menawarkan ganjaran Touch ‘n Go eWallet bernilai sehingga RM2,900 dan hadiah berjumlah RM140,000.
Dalam pemberian hadiah tersebut, para pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah bonus seperti Q-Series Soundbar, siri telefon pintar Samsung Galaxy S24 dan vakum Bespoke Jet Plus. Anda hanya perlu memuat naik gambar resit serta sebuah gambar kreatif.
Pertandingan ini akan berlangsung sehingga 30 Jun 2024. Berkenaan kredit eWallet, jenis ganjaran dan hadiah bergantung kepada model produk yang dibeli. Jadual di bawah menunjukkan promosi khas sempena pelancaran televisyen Samsung baharu ini:


Televisyen ini termasuklah Neo QLED 8K yang menampilkan pemproses NQ8 AI Gen3. Dengan Neural Processing Unit (NPU), ia menawarkan kelajuan dua kali ganda berbanding generasi sebelumnya dengan rangkaian neural (neural networks) sebanyak lapan kali, iaitu daripada 64 kepada 512.
Tambahan lagi, terdapat juga 8K AI Upscaling untuk meningkatkan kualiti dalam video yang beresolusi rendah, AI Motion Enhancer Pro untuk visual yang lebih lancar dan jelas dan Real Depth Enhancer Pro untuk pengalaman tontonan yang lebih mengasyikkan.
Neo QLED 8K ditawarkan dalam dua model iaitu QN800D dan QN900D, manakala saiznya pula ditawarkan dalam 75 inci atau 85 inci. Berikut adalah lebih banyak fungsi AI yang ditawarkan dalam televisyen-televisyen ini:
- Active Voice Amplifier (AVA) Pro Function
- AI Customization Mode
- AI Auto Game Mode
- AI Energy Mode
- Environment Adaptive Brightness

Selain itu, terdapat juga barisan Neo QLED 4K dan OLED TV dengan fungsi-fungsi yang serupa, namun menggunakan pemproses NQ4 AI Gen 2. Siri TV OLED mempunyai panel Glare-Free yang mengurangkan kesan pantulan, serta fungsi OLED HDR Pro, Motion Xcelerator 144Hz dan banyak lagi.
Siri Neo QLED 4K ditawarkan dalam pelbagai saiz daripada 55 inci hingga 98 inci, manakala TV OLED 2024 pula ditawarkan dalam dua model, S95D dan S90D, dalam saiz daripada 65 inci hingga 77 inci.
Untuk mereka yang gemarkan gaya dan seni, Samsung juga membaharukan model televisyen The Frame serta memperkenalkan Music Frame yang boleh disesuaikan dengan teknologi Q-Symphony dan menyokong Dolby Atmos. Semua televisyen Samsung AI 2024 menggunakan sistem operasi Tizen OS Home dan sistem keselamatan Samsung Knox.

Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai siri televisyen ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







