More

    Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 dilancar di Malaysia: Skrin 3K 144Hz, bateri 10,000mAh, cas pantas 120W berharga RM2,799

    Pada hari ini, Xiaomi Malaysia melancarkan Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 iaitu sebuah tablet besar dengan skrin berukuran 12.4 inci dan boleh digabungkan dengan papan kekunci Touchpad Keyboard untuk digunakan seperti komputer riba.

    Tablet ini dilengkapi skrin berukuran 12.4 inci dengan kadar segar semula 144Hz dan resolusi 3K (3048×2032) dengan nisbah aspek 3:2. Dengan ketumpatan piksel sebanyak 294 piksel per inci, pengguna boleh nikmati butiran yang tajam dalam imej, video atau game.

    Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 dengan Touchpad Keyboard
    Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 dengan stilus Focus Pen

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Baterinya pula berkapasiti besar 10,000mAh yang menyokong kadar pengecasan pantas 120W HyperCharge.

    Ia menggunakan sistem operasi Xiaomi HyperOS yang boleh disepadukan dengan sehingga tujuh peranti-peranti Xiaomi AIoT lain seperti telefon pintar. Apabila digunakan bersama telefon, tablet ini boleh menjawab panggilan telefon, membalas mesej dan berkongsi fail dengan cepat.

    Aksesori Xiaomi Pad 6S Pro Touchpad Keyboard pula merupakan papan kekunci tablet pertama oleh Xiaomi yang dilengkapi touchpad untuk kawalan tetikus yang lebih halus. Touchpad tersebut mempunyai 8,192 titik sensitiviti tekanan, kadar bacaan sentuh 240Hz dan kependaman (latency) serendah 5 milisaat untuk tindak balas yang pantas.

    Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 akan dijual di Malaysia pada harga:

    • 8GB+256GB: RM2,799
    • 12GB+512GB: RM3,099

    Anda juga boleh dapatkan aksesorinya iaitu Xiaomi Pad 6S Pro Touchpad Keyboard (RM699), Xiaomi Focus Pen (RM399) dan Xiaomi Pad 6S Pro Cover (RM149). Lebih menarik, para pelanggan awal tablet ini akan menerima Xiaomi Pad 6S Pro Touchpad Keyboard secara percuma serta diskaun 30% untuk Xiaomi Focus Pen dan Xiaomi Pad 6S Pro Cover. Promosi ini bergantung kepada keberadaan stok.

    Tablet ini dan aksesorinya boleh dibeli bermula 16 Mei 2024 di pengedar sah Xiaomi, laman web Xiaomi Malaysia, Lazada atau Shopee.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured