More

    Acer Chromebook Spin 514 diumum: Ryzen 3000 C, boleh lipat 360°, harga bermula ~RM1,940

    Semalam, Acer telah mengumumkan beberapa produk baharu termasuklah Acer Chromebook Spin 514. Komputer riba ini ialah komputer riba Acer siri Chromebook yang pertama dengan pemproses AMD Ryzen 3000 C bersama grafik AMD Radeon.

    Acer Chromebook Spin 514 dilengkapi sistem Chrome OS terkini, skrin 14 inci 1080p dengan bezel yang agak nipis dan dilitupi Corning Gorilla Glass untuk perlindungan. Skrin ini turut berfungsi sebagai skrin sentuh.

    Paparan komputer riba yang boleh dipusingkan sehingga 360 darjah boleh berfungsi sebagai tablet dan bakal memudahkan tugasan anda. Acer Chromebook Spin 514 memiliki dua port USB Type-C, dua USB 3.2 Gen 1, satu yang menampilkan pengecasan power-off dan satu pembaca kad microSD. Terdapat juga model yang menyokong port HDMI.

    Komputer riba ini turut menyokong sambungan WiFi dua jalur (802.11a/b/g/n/ac) dengan teknologi 2×2 MU-MIMO. Ia dilengkapi RAM DDR4 sehingga 16GB dan storan SSD PCIe NVMe sehingga 256GB.

    Setakat ini, Acer Chromebook Spin 514 model CP514-1H secara rasmi bakal hadir di pasaran Amerika, Eropah, negara Timur Tengah, dan Afrika seawal Februari, harga bermula $479.99 (~RM1,940). Model CP514-1WH pula bakal hadir di pasaran seperti yang dinyatakan di atas pada garis masa yang sama, berharga $749.99 (~RM3,031).

    Untuk kehadirannya di pasaran Malaysia, kita perlu menunggu maklumat rasmi daripada pihak Acer Malaysia. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan...

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...