More

    Acer lancarkan dua produk “gaming” Predator, satu monitor baru di Malaysia: Bermula RM1,799

    Sementara tahun 2020 bakal melabuhkan tirai, Acer masih rancak melancarkan produknya. Selain komputer riba baru, Acer kini mengumumkan dua ahli keluarga baharu Predator dan monitor untuk produktiviti.

    Predator Orion 3000 hadir dalam ahli keluarga Predator dengan Intel Core Generasi Ke-10 i5/i7 bersama pemproses grafik Nvidia GeForce GTX 1660 SUPER/RTX 2060 SUPER. Ia dilengkapi RAM 8GB dan boleh ditambah melalui slot DIMM sehingga 64GB.

    Menurut Acer, Predator Orion 3000 memiliki port Stable Killer E2600 untuk sambungan berkelajuan tinggi dan Intel WiFi 6. Turut hadir adalah dua kipas istimewa FrostBlade untuk prestasi pelesapan haba yang baik dan lampu RGB sebagai pelengkap produk gaming.

    Predator XB273U adalah antara produk baharu yang diperkenal hari ini. Monitor gaming ini hadir dengan skrin Agile-Splendor IPS WQHD 27 inci beresolusi 2560 x 1440 piksel bersama kadar segar semula sehingga 270Hz. Masa tindak balasnya adalah serendah 0.5ms, disokong gamut warna AdobeRGB dan tahap kecerahan sehingga 400nits. Monitor ini juga boleh diubah suai ketinggian dan bersifat ergonomik.

    Akhir sekali, Acer turut mengumumkan monitor Acer CB342CK C dengan spesifikasi skrin IPS UltraWide QHD 34 inci beresolusi 3440 x 1440 piksel bersma warna gamut 99% sRGB. Ia juga hadir dengan BlueLight Shield dan Acer Flicker-less untuk melindungi mata anda.

    Kedua-dua monitor yang diumumkan memiliki port USB Type_c dan emnyokong cas pantas sehingga 65W. Produk manakah yang anda berhajat untuk beli? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Harga produk yang dilancar:

    • Predator Orion 3000 – Intel Core i7, Nvidia GeForce RTX 2060 SUPER (RM6,799)
    • Predator Orion 3000 – Intel Core i5, Nvidia GeForce GTX 1660 SUPER (RM4,099)
    • Predator XB273U GX (RM3,299)
    • Acer CB32CK C (RM1,799)
     

    Artikel Terkini

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Samsung Galaxy Z Fold8, Fold8 Ultra dan Flip8 rasmi di Malaysia, harga bermula RM5,399

    Samsung secara rasmi melancarkan siri telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 bagi pasaran...

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Pembelian Warner Bros oleh Paramount digantung 14 hari susulan saman 12 negeri

    Hakim persekutuan di California telah mengarahkan Paramount Skydance dan Warner Brothers Discovery untuk menangguhkan penggabungan mereka secara sementara. Keputusan ini dibuat bagi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured