More

    Acer lancarkan kad grafik Nitro Intel Arc dan Radeon RX 9060 XT OC, bermula ~RM1,590

    Dalam pameran komputer antarabangsa Computex 2025 yang berlangsung di Taiwan pada minggu ini, Acer meluaskan lagi rangkaian kad grafiknya dengan melancarkan Acer Nitro Intel Arc A Series dan B Series, serta Nitro Radeon RX 9060 XT OC.

    Nitro Intel Arc B580 OC 12GB menawarkan kelajuan clock speed sehingga 2,740MHz serta menyokong gaming dalam resolusi sehingga 8K. Ia menggunakan seni bina Intel Xe2, serta menawarkan fungsi-fungsi ray tacing dan XeSS Frame Generation.

    Nitro Intel Arc B580 OC 12GB

    Ia mempunyai rekaan yang kompak dan digabungkan dengan sistem penyejukan FrostBlade yang efisien. Pengguna boleh gunakan perisian berdasarkan kecerdasan buatan (AI) seperti AI Playground dan Xe Media Engine untuk membantu dalam suntingan dan penjanaan kandungan.

    Acer turut memperkenalkan Nitro Intel Arc A380 LP 6GB, yang menawarkan kelajuan clock sehingga 2,000MHz. Dengan seni bina Intel Xe dan teras XMX AI, ia menyokong penjanaan 3D rendering yang dipertingkat, ray tracing dan siaran video 8K HDR.

    Selain itu, Nitro Radeon RX 9060 XT OC pula ditawarkan dalam varian 8GB dan 16GB. Ia menawarkan kelajuan clock sehingga 3,320MHz serta dilengkapi seni bina RDNA 4 dan AI accelerators. Ia menyokong visual pada resolusi sehingga 8K, FidelityFX Super Resolution 4 dan HYPR-RX.

    Nitro Intel Arc A380 LP 6GB
    Nitro Radeon RX 9060 XT OC

    Semua GPU Nitro mempunyai backplate yang dibuat daripada aluminium, serta fungsi Acer Intelligence Space dan Acer Game Assistance untuk optimisasi prestasi AI yang peningkatan gameplay yang sengit.

    Buat masa ini, harga untuk setiap GPU ini untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan. Untuk pasaran antarabangsa, ia akan dijual pada harga bermula EUR329 (~RM1,590). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured