More

    Acerpure perkenal COZY F5 dan HF2 di Malaysia – Kipas senyap 26dB siap “misting” bermula RM299

    Acerpure, rangkaian peralatan rumah di bawah Acer telah memperluaskan barisan peranti penyejukan di Malaysia dengan pelancaran dua produk baharu iaitu COZY F5 silent air circulator dan COZY HF2 portable misting fan. Kedua-duanya memfokuskan kepada penggunaan harian dengan pendekatan praktikal dan fleksibel.

    Untuk kegunaan dalaman, COZY F5 dibina sebagai kipas pengudaraan udara dengan operasi ultra senyap serendah 26dB sesuai untuk bilik tidur, ruang tamu atau kawasan kerja. Ia menggunakan motor DC Japan Tech bersama rekaan bilah dwi-lapisan 14 inci yang mampu menghasilkan aliran udara sehingga 31 meter padu seminit serta liputan ruang sehingga 100 meter persegi.

    Fungsi 3D swing membantu agihan angin lebih sekata manakala lapan tahap kelajuan bersama mod nature dan sleep memberi kawalan lebih fleksibel. Ketinggian juga boleh dilaras dan komponen boleh ditanggalkan untuk pembersihan mudah.

    Bagi kegunaan luar pula, COZY HF2 hadir sebagai kipas mudah alih dengan fungsi semburan air. Rekaan wayarles dengan bateri 6000mAh membolehkan penggunaan sehingga 8.5 jam. Fungsi semburan air halus membantu menambah kesan penyejukan terutama dalam cuaca panas. Ia menyokong pengecasan USB-C dan boleh digunakan ketika mengecas selain turut menawarkan pilihan pemasangan pada dinding untuk fleksibiliti tambahan.

    Di Malaysia, COZY HF2 ditawarkan pada harga RM399 manakala COZY F5 pada RM499. Namun untuk tempoh promosi terhad, HF2 boleh didapati pada harga RM299 bersama hadiah bantal Acerpure manakala F5 ditawarkan pada RM409 dengan hadiah kipas HF1 serta kredit Touch ’n Go eWallet RM20. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...