More

    AI kini ambil alih hingga 50% kerja di Salesforce

    Ketua Pegawai Eksekutif Salesforce, Marc Benioff, mendedahkan bahawa teknologi kecerdasan buatan (AI) kini melakukan antara 30% hingga 50% daripada jumlah kerja di syarikat tersebut. Menurut Benioff, penggunaan AI di Salesforce telah membantu melancarkan pelbagai tugas termasuk kejuruteraan perisian, penulisan kod, sokongan pelanggan dan khidmat pengguna.

    Beliau menyifatkan perkembangan ini sebagai permulaan kepada satu “revolusi buruh digital”. AI bukan sekadar alat bantu kerana ia kini menjadi sebahagian besar daripada cara kerja mereka. Benioff menekankan bahawa walaupun AI mengambil alih banyak tugas, ia tidak bermakna pekerja manusia tidak diperlukan.

    Sebaliknya, katanya, pekerja kini dapat menumpukan perhatian kepada kerja yang lebih penting seperti pemikiran strategik, kreativiti dan penyelesaian masalah. Beliau membandingkan perubahan ini dengan pengenalan kalkulator dalam dunia perakaunan yang mempercepat kerja tanpa menggantikan peranan akauntan sepenuhnya.

    Salesforce kini menggunakan sistem AI baharu mereka yang dikenali sebagai “Agent Force” iaitu satu platform AI yang bertindak seperti pekerja digital. Lebih daripada 5,000 pelanggan telah mula menggunakan Agent Force termasuk syarikat besar seperti Disney. Melalui ujian dalaman, Agent Force menunjukkan tahap ketepatan sehingga 93% dalam menyelesaikan pertanyaan pelanggan.

    Ia merupakan sesuatu yang dianggap sebagai pencapaian besar dalam teknologi AI. Walaupun AI semakin meluas, Salesforce baru-baru ini telah mengurangkan lebih 1,000 pekerja, namun Benioff menafikan bahawa AI menjadi punca utama. Sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa syarikat masih membuka peluang pekerjaan terutamanya dalam bidang berkaitan AI dan jualan produk baharu.

    Langkah Salesforce ini jelas menunjukkan bagaimana AI mula memainkan peranan penting dalam dunia pekerjaan moden. Meskipun masih banyak cabaran perlu ditangani, teknologi ini semakin membentuk masa depan pekerjaan di seluruh dunia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CNBC

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...