fbpx
More

    Akaun Facebook & Whatsapp yang mempunyai unsur Taliban disekat

    Facebook baru-baru ini telah menyekat akaun WhatsApp yang mempunyai rangkaian dengan kumpulan Taliban selepas mereka menguasai semula Afghanistan. Tindakan ini bagi melumpuhkan sokongan terhadap kumpulan tersebut yang cenderung ke arah keganasan.

    Facebook mengatakan bahawa pihaknya menggunakan khidmat pasukan pakar dari Afghanistan yang merupakan penutur asli masyarakat Dari dan Pashto bagi membantu menyebarkan maklumat kepada orang ramai tentang arahan sekatan tersebut.

    Facebook menambah lagi bahawa mereka mempunyai pasukan peninjau kandungan yang khusus bagi memantau dan menghapuskan sebarang kiriman sama ada dalam bentuk gambar atau video yang mempunyai unsur Taliban.

    Selain itu, jurucakap bagi pihak Whatsapp menyatakan dalam e-mel kepada AFP bahawa syarikat itu diminta untuk mematuhi sekatan yang dibuat oleh Amerika Syarikat.

    Jurucakap Taliban mengkritik Facebook dalam satu sidang media yang dibuatnya dengan mendakwa kebebasan bersuara kumpulan itu telah disekat. Facebook dilaporkan membuang beberapa akaun pengguna yang dikaitkan dengan Taliban pada awal minggu ini.

    Pada minggu lepas, Afghanistan telah jatuh ke tangan kumpulan militan itu dan kini mereka mengawal Kabul termasuk Istana Presiden. Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, pada April lalu memutuskan bahawa beliau mahu menarik semula semua tentera Amerika Syarikat di Afghanistan. Dengan penarikan tersebut, ia membuka jalan untuk kumpulan Taliban menguasai semula negara itu.

    Kongsikan pendapat anda terhadap berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CNBC

     

    Artikel Terkini

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia “A Heartwarming World” kini di Malaysia

    HUAWEI dengan bangga mengumumkan pelancaran Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia bertema "A Heartwarming World – 12 Years of HUAWEI Photography" di Pavilion Sentul...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X