More

    Amazfit GTR Mini bakal dilancar di Malaysia pada 17 Mac ini berharga RM599

    Sebelum ini, kami melaporkan bahawa Amazfit GTR Mini akan dilancarkan di Malaysia pada Jumaat ini, 17 Mac 2023. Anda tidak perlu menunggu lama untuk tahu mengenai jam tangan pintar itu kerana kami akan berkongsikan kepada anda spesifikasi dan harga jam tersebut.

    Di kedai rasminya di Shopee, Amazfit Malaysia menerbitkan sepanduk menunjukkan GTR Mini berharga RM599. Selain itu, pengguna boleh mendapatkan jam pintar ini pada harga istimewa RM579 semasa promosi jualan pertama sehari pada 17 Mac 2023 di mana pembeli juga akan mendapat kad Starbucks percuma bernilai RM20.

    GTR Mini memaparkan paparan AMOLED 2.5D 1.28 inci, hayat bateri sehingga 14 hari, sistem navigasi lima satelit, 24/7 SPO2, pemantauan denyutan jantung dan tekanan, badan keluli tahan karat serta lebih 120 mod sukan.

    Ia juga agak ringan berukuran 42mm pada 24.6g dan mempunyai ketebalan 9.25mm. Bagi pilihan warna pula, GTR Mini ditawarkan dalam warna Midnight Black, Misty Pink dan Ocean Blue.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...