More

    Dapatkan TV QLED 75 inci Samsung dengan diskaun 50% dan banyak lagi promosi sempena Lazada Super Brand Day 2024

    Dalam masa dua hari lagi, Samsung Malaysia akan mengadakan promosi Super Brand Day di Lazada. Untuk mereka yang tidak mengetahuinya, ini adalah antara kempen promosi terbesar oleh Samsung Malaysia yang hanya akan berlangsung selama sehari dan pelbagai produk ditawarkan dengan diskaun sehingga 50 peratus.

    Pada 10 Mei 2024, para pelanggan yang mencari produk elektronik terkini oleh Samsung boleh dapatkan diskaun untuk pelbagai kategori produk seperti peranti mudah alih, aksesori, televisyen, peranti audio, monitor dan kelengkapan rumah.

    Jika anda membeli televisyen Samsung 2024 dan peranti audio sebelum 30 Jun 2024, anda boleh dapatkan kredit Touch ‘n Go eWallet sehingga RM2,900 serta peluang untuk menyertai 2024 Samsung TV Photo Contest dan memenangi hadiah berjumlah RM140,000.

    Tambahan lagi, pelanggan juga boleh dapatkan warna-warna eksklusif untuk telefon pintar Samsung Galaxy serta tawaran khas untuk televisyen, peti sejuk, mesin basuh, termasuklah diskaun sehingga 50 peratus dalam Samsung Official LazMall Flagship Store.

    Samsung juga akan mendedahkan kod Super Big Discount melalui seni interaktif yang akan dimuat naik ke dalam laman media sosial rasmi Samsung Malaysia.

    Berikut adalah beberapa produk yang akan dijual pada harga diskaun sepanjang kempen promosi ini:

    Selain itu, anda juga boleh dapatkan:

    • Baucar bernilai sehingga RM380 (untuk perbelanjaan minimum RM3,500)
    • Telefon pintar dan tablet: Diskaun 10% untuk perbelanjaan minimum RM800 (dihadkan pada RM250)
    • Kelengkapan rumah: Diskaun 12% untuk perbelanjaan minium RM1,800 (dihadkan pada RM250)
    • Monitor: Diskaun 18% untuk perbelanjaan minimum RM300 (dihadkan pada RM150)
    • Baucar Lazada UOB: Diskaun RM150 untuk perbelanjaan minimum RM1,000

    Anda boleh dapatkan promosi ini di Samsung Brand Store, Samsung Flagship Store, dan pengedar sah seperti Senheng dan The Hopz.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Honda integrasi Google Gemini pada kenderaan terpilih, ganti Google Assistant

    Honda mengumumkan pengintegrasian pembantu AI Google Gemini bagi kenderaan yang dilengkapi fungsi Google built-in. Naik naik taraf ini menggantikan sistem Google Assistant...

    Apple naikkan harga langganan Apple Music untuk pengguna di Malaysia

    Apple telah menaikkan harga langganan bulanan bagi perkhidmatan penstriman muzik Apple Music di pasaran Malaysia. Berdasarkan kemas kini harga terbaharu, pelan individu...

    PMX kini ada kembar AI, boleh jawab soalan rakyat bila-bila masa

    Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelancaran avatar kecerdasan buatan rasmi yang dikenali sebagai PMX AI. Sistem digitalnya dibina oleh Zetrix AI Bhd yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured