More

    Anda kini boleh pandu kereta Porsche dalam PUBG MOBILE!

    Permainan mudah alih popular PUBG MOBILE baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan jenama permotoran mewah dari Jerman, Porsche, untuk menyediakan kandungan khas kepada para pemain.

    Dengan kerjasama ini, pemain boleh memandu kenderaan-kenderaan Porsche yang popular dalam game PUBG MOBILE seperti Porsche 918 Spyder, Porsche Panamera Turbo S, Porsche Cayenne Turbo GT dan Porsche 911 Carrera 4 GTS Cabriolet. Setiap model kenderaan akan ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna eksklusif untuk menarik minat pemain.

    Selain itu, pemain boleh menyesuaikan kenderaan mereka dengan pelbagai aksesori Porsche seperti Porsche Racing Suit, Racing Helmet, Parachute, Crest Ornament dan Car Key Ornament.

    Anda boleh memainkan kandungan khas ini dalam PUBG MOBILE sehingga 28 Februari 2026. Jika anda berminat, ia boleh dimuat turun daripada Apple App Store atau Google Play Store.

    Selain itu, kandungan khas ini juga akan ditawarkan dalam PUBG: BATTLEGROUNDS di PC dan konsol sepanjang Disember 2025.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kandungan khas ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured