More

    Antara ShopeePay, GrabPay, BigPay dan Touch ‘n Go eWallet; mana anda patut dapatkan kredit ePemula?

    Bermula 11 April (hari ini) hingga 1 Jun 2022, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan program ePemula yang memberikan kredit e-tunai sebanyak RM150 kepada golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun di seluruh negara. Kredit tersebut boleh dituntut di empat penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu ShopeePay, Touch ‘n Go eWallet, BigPay atau GrabPay.

    Perlu diingati bahawa seorang pemohon hanya boleh menuntut kredit ePemula dalam satu aplikasi perkhidmatan e-tunai, jadi setiap penyedia perkhidmatan ini menyediakan manfaat masing-masing bagi menarik golongan belia untuk dapatkan kredit ePemula menggunakan aplikasi mereka. Di bawah, kami menyenaraikan manfaat yang anda boleh dapat dalam keempat-empat aplikasi tersebut:

    Touch ‘n Go eWallet – Baucar tambahan bernilai RM200

    Jika anda memilih untuk dapatkan kredit ePemula dengan Touch ‘n Go eWallet, anda boleh dapatkan baucar tambahan bernilai RM200. Mereka tidak menyenaraikan senarai jenama baucar tersebut, tetapi seluruh kredit ePemula Touch ‘n Go eWallet boleh digunakan di kedai-kedai fizikal seperti Baskin Robbins, Domino, Secret Recipe, Starbucks, TeaLive, Uniqloc, 7Eleven, Mr.DIY, Mr.Dollar, Mr.Toy, Mynews dan Watsons.

    Ia juga boleh digunakan untuk pelbagai perkhidmatan termasuklah Firefly, RedBus, Trevo, EASI, Lazada, Google Play, ZCity, Hotlink, Celcom, Klook, Bigo, Alipay dan banyak lagi.

    Perlu diingati bahawa ia tidak boleh digunakan untuk pemindahan kredit eWallet, pembayaran bil, pascabayar, prabayar, kredit game, tol RFID dan PayDirect serta pembelian dalam talian.

    BigPay – Baucar tambahan sehingga RM1,500

    BigPay menawarkan jumlah baucar tambahan terbesar berbanding perkhidmatan e-tunai yang lain iaitu sebanyak RM1,500. Baucar ini terdiri daripada:

    • RM1,000 untuk Airasia Academy
    • RM325 untuk hotel dan penerbangan Airasia
    • RM76 untuk Airasia Deliveries
    • RM40 untuk Zalora

    Penerima kredit ePemula dalam BigPay juga boleh menerima pulangan tunai (cashback) daripada kedai seperti JD Sports, Caring Pharmacy, Sephora, Lululemon, Focus Point dan banyak lagi.

    GrabPay – Baucar tambahan bernilai RM210

    Penuntut ePemula dalam GrabPay pula boleh mendapatkan baucar tambahan sebanyak RM210, yang terdiri daripada baucar RM150 untuk penghantaran GrabFood dan baucar RM60 untuk dibelanjakan di kalangan rakan-rakan niaga GrabPay.

    "
    "

    Baucar GrabFood itu boleh digunakan dengan pelbagai jenama seperti A&W, Inside Scoop, Kyochon, MyBurgerLab, Nando’s, Tealive dan banyak lagi. Baucar RM60 itu pula boleh digunakan untuk rakan niaga Grab seperti Baskin Robbins, Bottoms Lab, Family Mart, Harvey Norman, innisfree, Mynews, Starbucks, Watsons dan banyak lagi.

    ShopeePay – Baucar tambahan bernilai RM500

    Di samping kredit ePemula, pengguna ShopeePay akan menerima baucar tambahan bernilai RM500 yang terdiri daripada:

    • Baucar ShopeePay bernilai RM90
    • Baucar ShopeeFood bernilai RM310
    • Baucar Shopee Mall bernilai RM50
    • Baucar YES SIM and Data bernilai RM50

    ShopeePay boleh digunakan sebagai e-dompet di pelbagai kedai terkenal seperti JD Sports, Focus Point, Giordano, Elle, Common Sense, Taco Bell, KFC, Kyochon, myBurgerLab, CU Malaysia, Tealive, A&W, MR.DIY, MYNEWS, OldTown White Coffee dan ZUS Coffee.

    Baucar Shopee Mall pula boleh digunakan untuk pembelian dalam talian di laman web Shopee Mall dan digunakan untuk jenama produk seperti Sony, Watsons, OPPO, JBL, Skechers, Lotus’s, Tefal Home dan Edifier.

    Jadi di manakah anda ingin menuntut kredit ePemula anda? Perlu diingati bahawa ia perlu dituntut sebelum 1 Jun 2022 dan perlu digunakan sebelum 10 Jun 2022. Beritahu kami penyedia perkhidmatan e-tunai kegemaran anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured