More

    Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan pada 19 April 2025, ganti dengan CIMB Octo

    CIMB Bank mengumumkan bahawa aplikasi perbankan CIMB Clicks akan ditamatkan perkhidmatannya pada hari Sabtu, 19 April 2025. Sebelum ini, CIMB merancang untuk menamatkan aplikasi CIMB Clicks pada 12 April, namun ia ditangguhkan kepada tarikh baharu.

    CIMB tidak menyatakan sebab rasmi tentang penangguhan ini, namun ia memberi lebih banyak masa dan ruang kepada para pengguna CIMB Clicks untuk berpindah kepada aplikasi CIMB yang lebih baharu iaitu CIMB Octo.

    Untuk makluman, CIMB telah menamatkan beberapa fungsi dalam CIMB Clicks secara berfasa sejak tahun lalu bagi menggalakkan para pengguna untuk berpindah kepada aplikasi CIMB Octo. Fungsi terkini yang tidak lagi disediakan oleh CIMB Clicks adalah pengesahan SecureTAC untuk transaksi web dan FPX, di mana ia tidak lagi disediakan sejak 12 April 2025.

    Fungsi tersebut kini hanya ditawarkan dalam aplikasi CIMB Octo. Malah, aplikasi ini menyediakan fungsi perbankan yang lengkap dan selamat untuk para pelanggan CIMB berbanding aplikasi CIMB Clicks.

    Para pelanggan CIMB boleh memuat turun aplikasi CIMB Octo daripada Apple App Store, Google Play Store dan HUAWEI AppGallery. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menggunakan aplikasi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CIMB

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...