More

    Apple janji labur $100 juta di Indonesia untuk hapuskan larangan iPhone 16

    Bulan lalu, siri iPhone 16 telah diharamkan di Indonesia kerana Apple gagal memenuhi komitmen pelaburan IDR 1.71 trilion (sekitar $107 juta) dalam pembangunan fasiliti penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan yang dijanjikan sebelum ini.

    Awal bulan ini, Apple berjanji untuk melabur sekitar $10 juta di Indonesia bagi membina sebuah kilang baharu sebagai langkah mengatasi larangan tersebut. Namun kini, Apple telah meningkatkan pelaburan yang dirancang kepada $100 juta iaitu jumlah yang hampir sama dengan komitmen asal yang tidak dipenuhi.

    Apple kini berjanji untuk melabur $100 juta di Indonesia dalam tempoh dua tahun untuk menghapuskan larangan terhadap iPhone 16. Menurut sumber, pelaburan awal $10 juta itu akan digunakan untuk membina sebuah kilang aksesori dan komponen di Bandung. Bagaimanapun, rancangan untuk baki $90 juta masih tidak jelas.

    Apple mempunyai banyak pilihan termasuk bekerjasama dengan rakan pengeluarnya, Foxconn, untuk menubuhkan barisan pemasangan di Indonesia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bloomberg

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...