More

    Apple Malaysia tawarkan penukaran skrin Macbook Pro secara percuma

    Apple telah memanjangkan perkhidmatan penggantian skrin MacBook Pro 13 inci secara percuma buat para pengguna yang mengalami beberapa masalah spesifik. Jika MacBook Pro anda mempunyai masalah pencahayaan belakang skrin (backlight), anda boleh membawanya ke pusat perkhidmatan rasmi Apple untuk dibaiki secara percuma.

    Isu-isu MacBook Pro 13 inci yang layak diservis bawah perkhidmatan ini adalah:

    • Pencahayaan belakang memaparkan kawasan terang di bahagian bawah skrin
    • Pencahayaan belakang tidak berfungsi langsung

    Hanya MacBook Pro yang dijual pada Oktober 2016 sehingga Februari 2018 sahaja yang layak menerima perkhidmatan ini. Bagi melihat sama ada MacBook Pro anda layak atau tidak, pergi ke ruang Apple () Menu > About This Mac. MacBook yang layak akan mempunyai kenyataan di bawah:

    • MacBook Pro (13-­inch, 2016, Four Thunderbolt 3 Ports)
    • MacBook Pro (13-­inch, 2016, Two Thunderbolt 3 Ports)

    Beritahu kami di Facebook jika artikel ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple

     

    Artikel Terkini

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan...

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured