More

    Apple mungkin lancarkan MacBook dengan kemasan warna hitam ‘matte’ baru

    Berdasarkan sumber dari MacRumors, Apple dilihat telah menfailkan paten kemasan warna hitam matte untuk barisan produk mereka termasuk komputer riba MacBook. Paten itu sesuai untuk digunakan pada bahan besi dan aloi seperti aluminium, titanium dan keluli.

    Kemasan hitam matte dari Apple ini terdiri daripada lapisan anod yang mampu untuk menyerap cahaya. Lapisan anod tersebut mengandungi liang dimana zarah warna (color particles) akan masuk ke dalam liang itu yang kemudiannya dapat menghasilkan warna hitam matte pekat.

    Apple sebelum ini pernah menghasilkan produk berwarna hitam matte seperti telefon siri iPhone 7. Walaupun Apple telah menfailkan paten kemasan warna hitam matte, ini tidak bermakna ianya akan digunakan pada peranti Apple dalam masa yang terdekat.

    Adakah anda meminati peranti Apple dengan kemasan warna hitam matte ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan...

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured