More

    Apple Pay kini sokong Razer Merchant Services di Malaysia

    Razer Merchant Services (RMS) mengumumkan bahawa ia kini menyokong Apple Pay merentas saluran dalam talian dan luar talian. Apple Pay ialah cara pembayaran yang lebih selamat dan terjamin. Pengguna hanya perlu iPhone atau Apple Watch berhampiran terminal pembayaran untuk membuat bayaran tanpa sentuh.

    Setiap pembelian Apple Pay adalah selamat kerana ia disahkan dengan Face ID, Touch ID atau kod laluan peranti serta kod keselamatan dinamik unik. Asia Tenggara kini merupakan rantau dengan penggunaan dompet mudah alih yang paling pesat berkembang di dunia.

    Pertumbuhan penggunaan dompet mudah alih akan meningkatkan CAGR sebanyak 41.4% menjelang 2025 di Malaysia menurut kajian oleh Boku. Pelanggan juga boleh menggunakan Apple Pay pada iPhone, iPad dan Mac untuk membuat pembelian dalam aplikasi atau di web Safari tanpa perlu membuat akaun.

    Apabila pelanggan menggunakan kad kredit atau debit dengan Apple Pay, nombor kad sebenar tidak disimpan pada peranti atau pada pelayan (server) Apple. Peniaga yang ingin menggunakan Apple Pay untuk perniagaan boleh mengetahui lebih lanjut di sini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...