More

    Apple sahkan acara pelancaran 19 Februari ini, iPhone SE 4 mungkin diperkenal

    CEO Apple, Tim Cook, mengesahkan pelancaran produk baharu pada 19 Februari ini. Acara ini dijangka memperkenalkan iPhone SE 4. Model ini dikatakan membawa perubahan besar termasuk reka bentuk iPhone 14 dengan skrin OLED 6.1 inci, takuk hadapan dan tiada butang Home. Ini bermakna teknologi Face ID akan menggantikan sensor cap jari Touch ID.

    Selain itu, iPhone SE 4 dijangka menggunakan port USB-C selaras dengan peraturan EU serta dikuasakan cip A18 bersama RAM 8GB. Ini membolehkan sokongan teknologi Apple Intelligence dengan ciri AI seperti interaksi Siri yang lebih pintar dan penyuntingan foto. Apple juga dikatakan akan menggunakan modem 5G buatan sendiri menggantikan Qualcomm.

    Daripada segi fotografi, kamera utama 48MP akan menggantikan sensor 12MP model sebelumnya manakala kamera hadapan mengekalkan 12MP tetapi tanpa lensa ultra-lebar. iPhone SE 4 dijangka berharga sekitar USD 499 (RM 2,350) dan bakal bersaing dengan Google Pixel 9a yang dilancarkan sebulan kemudian.

    Pelancaran 19 Februari ini juga mungkin memperkenalkan produk lain seperti MacBook Air M4, iPad Air M3 dan iPad 11. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X Tim Cook

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...