More

    Apple sahkan WWDC 2026 pada 8 Jun ini, fokus pada AI dan iOS 27

    Apple Worldwide Developers Conference 2026 (WWDC26) akan berlangsung dari 8 hingga 12 Jun 2026 menurut pengumuman rasmi oleh Apple. Acara tahunan untuk pembangun ini akan mengekalkan format hibrid seperti tahun-tahun sebelumnya dengan kebanyakan sesi disiarkan secara percuma secara atas talian manakala pengalaman fizikal akan diadakan di Apple Park.

    Seperti biasa, acara dijangka memfokuskan pengumuman perisian termasuk iOS 27, iPadOS 27, macOS 27, watchOS 27, tvOS 27 serta visionOS 27. Sepanjang minggu tersebut, Apple turut merancang lebih 100 sesi teknikal, makmal pembangun dan aktiviti komuniti.

    Tumpuan utama tahun ini dijangka tertumpu kepada Apple Intelligence dengan penambahbaikan besar pada Siri yang dikatakan akan menjadi lebih memahami konteks dan berintegrasi dengan lebih baik merentas aplikasi. Terdapat juga laporan bahawa Apple mungkin menggunakan model AI daripada Google khususnya Gemini bagi menyokong sebahagian fungsi baharu tersebut.

    Walaupun dijangka tiada pelancaran perkakasan baharu, kemas kini perisian seperti iOS 27 dilaporkan akan memberi tumpuan kepada kestabilan sistem, pembaikan pepijat dan peningkatan kebolehpercayaan keseluruhan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...