More

    Apple sedang hasilkan iPad mini generasi akan datang dengan segar semula skrin 120Hz

    Menurut pandangan dalam salah sebuah forum di luar negara, Apple sedang menguji paparan ProMotion 120Hz untuk iPad mini generasi akan datang. Panel skrin 8.3 inci itu dikatakan dihasilkan oleh Samsung Display dan dikhabarkan akan digunakan pada tablet mini Apple.

    iPad mini generasi keenam mempunyai kesan tatal jeli (jelly scroll effect) di mana sebahagian paparan menyegarkan lebih perlahan daripada sebahagian lagi. Apple mengatakan bahawa kesan ini sebagai suatau kebiasaan walaupun ramai pengguna tidak bersetuju dan paparan ProMotion pastinya akan membantu menyelesaikan masalah ini.

    Selebihnya perkakasan untuk mini iPad generasi seterusnya dikatakan sebahagian besarnya tidak berubah daripada model terkini dengan cipset A15 Bionic, RAM 4GB dan storan dalaman 128GB pada varian asas. Kita juga harus menjangkakan harga permulaan yang lebih tinggi sedikit.

    Perlu diingatkan bahawa maklumat ini masih belum disahkan oleh Apple dan masih terlalu awal untuk bercakap tentang iPad mini akan datang kerana syarikat itu baru sahaja melancarkan iPad mini generasi terbaru lebih kurang sebulan yang lalu.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured