More

    Apple umumkan cipset M1 Ultra terbaharu, tawarkan prestasi lebih baik daripada Intel i9

    Apple hari ini mengumumkan cipset terbaharunya iaitu M1 Ultra. Cipset ini berasaskan ARM yang paling berkuasa dan direka untuk komputer Mac Studio baharunya. M1 Ultra pada asasnya ialah dua cip M1 Max yang disambungkan bersama-sama dengan seni bina antara sambungan baharu yang dipanggil UltraFusion.

    Ia juga turut menggunakan interposer silikon yang menyediakan jalur lebar berkepantasan 2.5TB/s. Memandangkan pada asasnya ia menggabungkan dua cipset M1 Max, M1 Ultra menampilkan CPU 20 teras, GPU 64 teras dan Enjin Neural 32 teras.

    M1 Ultra didakwa menawarkan prestasi 90% lebih tinggi untuk penggunaan kuasa yang sama seperti Intel Core i9-12900K dan boleh menandingi prestasi puncak Intel dengan menggunakan penggunaan kuasa kurang daripada 100W. M1 Ultra juga lebih berkuasa daripada 12900K dalam tugasan berbilang benang (multi-threaded).

    Daripada segi prestasi GPU, model 64 teras menggunakan 200W kurang daripada Nvidia GeForce RTX 3090 pada prestasi puncaknya dan mengatasi prestasi kad grafik Nvidia. Memori jalur lebar pada M1 Ultra juga lebih tinggi daripada model sebelumnya yang mencapai 800MB/s. M1 Ultra boleh dikonfigurasikan sehingga 128GB melalui memori bersatu (unified memory).

    Disebabkan oleh penggandaan cipset dan grafik, M1 Ultra juga boleh melakukan beberapa perkara yang luar biasa dengan penyahkodan media termasuk dapat memainkan semula sehingga 18 video 8K ProRes 422 pada masa yang sama.

    Ia juga mempunyai sokongan sehingga lima paparan dengan empat daripadanya menggunakan paparan 6K Pro Display XDR dan paparan 4K yang kelima. Akhir sekali, daripada segi perisian, macOS telah direka bentuk untuk menskalakan perkakasan yang boleh memanfaatkan peningkatan prestasi cipset secara automatik.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured