More

    Astro akan hentikan operasi Go Shop pada 11 Oktober 2023

    Petang semalam, Astro Malaysia Holdings Bhd (AMH) secara rasmi mengumumkan perniagaan Go Shop syarikat itu akan dihentikan tidak lama lagi. Paling mengejutkan adalah operasi itu akan dihentikan pada 11 Oktober 2023, dalam beberapa hari lagi.

    Menurut Astro, satu mesyuarat diadakan dan keputusan telah dimuktamadkan untuk menutup Astro Go kerana “landskap ekonomi yang mencabar dan perubahan dalam tingkah laku membeli-belah pengguna secara keseluruhan”. Syarikat itu juga berkata ia adalah sebahagian daripada strategi penjajaran semula yang sedang Astro laksanakan termasuk pelaksanaan langkah penjimatan kos utama.

    Kenyataan selanjutnya berbunyi “Go Shop tidak dianggap sebagai anak syarikat penting AMH dan tidak dijangka mempunyai kesan ke atas jumlah pendapatan sesaham disatukan, aset bersih sesaham atau sebagai persediaan untuk tahun kewangan berakhir 2024”.

    Bagi yang tidak tahu, Astro Go adalah anak syarikat Astro Retail Ventures Sdn Bhd dan rakan usaha sama dari Korea, GS Retail Co Ltd (GSR) di mana masing-masing memegang kepentingan ekuiti 60 dan 40.

    Astro juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan dan rakan kongsinya atas sokongan mereka sejak beberapa tahun lalu. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...