More

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka. Langkah ini diambil bagi menyelesaikan isu yang sering dihadapi oleh golongan ibu bapa apabila senarai cadangan muzik dan statistik tahunan Spotify Wrapped mereka dipenuhi dengan lagu kanak-kanak serta runut bunyi animasi.

    Menerusi ciri baharu, lagu daripada genre Kids & Family tidak lagi akan dimasukkan ke dalam algoritma senarai main khusus seperti Discover Weekly atau Release Radar. Suis pilihan ditawarkan kepada kedua-dua kategori pengguna, sama ada pelanggan Spotify Premium mahupun pengguna akaun percuma.

    Pengguna yang mengaktifkan tetapan ini masih boleh membuat carian, memainkan dan menyimpan lagu kanak-kanak ke dalam senarai main seperti biasa. Walau bagaimanapun, lagu-lagu tersebut tidak akan direkodkan ke dalam profil cita rasa muzik pengguna.

    Spotify turut mengesahkan bahawa pengaktifan suis ini bertindak secara retroaktif yang mana rekod lagu kanak-kanak yang pernah dimainkan sebelum ini akan dikeluarkan daripada analisis statistik profil serta paparan akhir tahun Spotify Wrapped.

    Kemas kininya sedang dijalankan secara berperingkat untuk pengguna peranti mudah alih di seluruh dunia. Bagi mengaktifkan fungsi ini, pengguna perlu mengemas kini aplikasi Spotify ke versi terkini, membuka profil akaun pada bahagian atas kiri, memilih Settings and Privacy, masuk ke menu Content and Display dan mematikan pilihan Include music for kids and family in taste profile.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...