More

    Bermula Jun 2024, Google Wallet hanya boleh diguna oleh Android 9 dan ke atas

    Jika anda kerap menggunakan perkhidmatan e-dompet Google Wallet dalam transaksi harian, anda perlu kenal pasti sistem operasi yang digunakan dalam telefon pintar Android anda. Bermula 10 Jun 2024, Google Wallet hanya akan digunakan dalam sistem operasi Android 9 dan ke atas, atau Wear OS 2.x dan ke atas jika anda membayar dengan jam tangan pintar.

    Ini adalah kerana Google perlu memastikan bahawa semua fungsi Wallet boleh dilaksanakan dengan selamat, jadi mereka perlu menyediakan kemas kini keselamatan (security updates) terkini kepada peranti anda. Kemas kini keselamatan tidak lagi diberikan kepada versi Android sebelum Android 9 dan versi Wear OS sebelum Wear OS 2.x.

    Untuk lihat sistem operasi yang digunakan dalam telefon anda, pergi ke Tetapan (Settings), tatal ke bahagian bawah, pergi ke Tentang Telefon (About Phone) kemudian pergi ke Maklumat Perisian (Software Information) atau Versi Android (Android Version).

    Google Wallet merupakan perkhidmatan yang membenarkan anda melengkapkan transaksi menggunakan telefon pintar atau jam tangan sahaja, melalui teknologi Near Field Communication (NFC). Ia boleh digunakan di mana-mana kedai yang menyokong pembayaran Google Pay. Untuk melihat sama ada kad bank anda boleh dipautkan dengan Google Wallet, anda boleh layari laman web Google.

    Kami sendiri mencadangkan anda supaya tukar telefon setiap lima atau enam tahun supaya anda boleh dapatkan sistem operasi terkini dan dilindungi oleh kemas kini keselamatan yang terkini. Android 9 merupakan sistem operasi yang dilancar pada 2018, jadi secara umumnya, jika anda masih menggunakan telefon yang dibeli sebelum tahun tersebut, kami mencadangkan anda untuk beli telefon baharu secepat mungkin.

    Beritahu kami di Facebook jika artikel ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google Support

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured