Bank digital pertama yang dibangunkan oleh syarikat tempatan, Boost Bank, hari ini mengumumkan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi CelcomDigi untuk menawarkan promosi khas kepada para pelanggan kedua-dua syarikat.
Bermula hari ini sehingga 31 Mei 2025, pelanggan CelcomDigi boleh menikmati kadar faedah harian 3.3% per annum terhadap simpanan dalam akaun Boost Bank mereka. Selain itu, mereka juga berpeluang memenangi salah satu daripada 42 jongkong emas.
Untuk menyertai promosi terhad ini, anda perlu masukkan deposit baharu (fresh funds) sekurang-kurangnya RM1,000 atau lebih ke dalam CelcomDigi Jar yang aktif melalui aplikasi Boost Bank sebelum 30 April 2025. Kemudian anda perlu kekalkan deposit sekurang-kurangnya RM1,000 sehingga 31 Mei 2025 untuk peluang memenangi jongkong emas.

Bagi memastikan CelcomDigi Jar aktif sepanjang kempen ini, pelanggan perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM20 sebulan dengan membuat tambah nilai prabayar atau membuat pembayaran bil pascabayar, melalui Boost eWallet atau kad debit Boost Bank.
Apa yang lebih menarik adalah setiap deposit bernilai RM1,000 akan dikira sebagai satu kemasukan, yang bermaksud lebih banyak anda simpan duit, lebih banyak peluang untuk anda menangi jongkong emas.
42 orang pemenang akhir akan diumumkan pada 14 Jun 2025. Layari laman web Boost untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







