More

    Celcom beri data ‘hotspot’ 88GB percuma kepada pengguna Xpax, boleh menang iPhone 12

    Celcom kini mengumumkan penawaran data hotspot 88GB percuma dan kuota internet percuma untuk pelanggan Xpax. Tidak cukup dengan itu, pengguna pascabayar Mega juga boleh menikmati promosi Mix and Match.

    Untuk pelanggan baru yang melanggan Celcom Xpax Internet Tanpa Had Mingguan RM12 atau pelan Tanpa Had Bulanan RM35, anda layak mendapat kuota hotspot 88GB percuma. Anda boleh melanggan melalui aplikasi Celcom Life dan ianya sah sehingga 3 hari. Untuk pengguna sedia ada sama ada pelan pas internet 7 hari, 14 hari atau 30 hari, anda juga boleh menikmati promosi ini. Pengguna pas internet Tanpa Had juga boleh menikmati pakej 88GB pada harga RM8.80, sah sehingga 8 hari.

    Selain itu, kesemua pelanggan Xpax juga boleh menyertai misi melalui aplikasi Celcom Life untuk menyahkunci ganjaran. Semakin banyak anda melengkapkan ‘misi’, semakin besar peluang untuk menang iPhone 12 Pro.

    Pengguna pelan pascabayar Celcom Mega pula boleh menikmati promosi Mix and Match yang membenarkan anda memilih 2 telefon pintar dari 14 jenama berbeza (1x telefon 5G dan 1x telefon 4G) pada harga RM188 sahaja.

    Pengguna Celcom XP Lite pula boleh menaik taraf percuma penggunaan Facebook, Instagram, WhatsApp dan WeChat selain akses tanpa had YouTube yang sudah sedia ada.

    Anda boleh layari laman rasmi Celcom atau Xpax untuk maklumat lanjut mengenai tawaran. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...