More

    CEO dari Malaysia beli ciapan pertama dalam sejarah pada harga ~RM11.9 juta

    Seorang CEO dari Malaysia bernama Sina Estavi telah membeli ciapan (tweet) pertama sekali dalam sejarah yang telah ditulis oleh pengasas Twitter, Jack Dorsey. Beliau mengesahkan bahawa ciapan pertamanya yang ditulis pada 2006 itu telah dijual kepada Sina dengan harga US$2.9 juta (~RM11.9 juta) dalam bentuk non-fungible token (NFT).

    NFT adalah sebuah bentuk aset digital yang semakin mendapat populariti pada tahun ini. Seperti matawang digital, NFT mempunyai sistem lejar awam digital yang dipanggil blockchain di mana orang awam boleh mengesahkan pemilikan aset tersebut.

    Sina membeli ciapan Jack dengan pembayaran melalui matawang digital Ether sebanyak 1630.5825601 ETH atau US$2,915,835.47. Urus niaga tersebut dilakukan melalui Cent, sebuah platform kewangan yang beroperasi di Amerika Syarikat.

    Menurut profil Twitter, Sina merupakan CEO kepada syarikat blockchain Bridge Oracle yang beroperasi di Malaysia. Beliau mengatakan kepada media bahawa beliau berterima kasih di atas kejayaannya membeli ciapan pertama dalam sejarah itu.

    Pada awal bulan Mac, Jack mengumumkan bahawa NFT untuk ciapan pertamanya akan dijual. Duit yang diraih daripada jualan tersebut akan didermakan kepada masyarakat yang terkesan oleh COVID-19 di Afrika.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Star

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...