Ketua Pegawai Eksekutif HONOR, Zhao Ming telah memperkenalkan reka bentuk depan telefon pintar Magic7 yang akan datang, menonjolkan beberapa ciri utama yang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Dalam satu acara siaran langsung bersama Pengerusi Kumpulan 360, Zhou Hongyi, Ming menunjukkan peranti tersebut sambil menekankan estetika dan fungsi yang dipertingkatkan.
Reka bentuk depan Magic7 memaparkan sudut melengkung dan bezel yang lebih nipis, memberikan penampilan yang anggun dan moden. Peranti ini juga menampilkan sedikit lengkung di sepanjang sisi, menunjukkan bahawa ia mungkin meneruskan trend reka bentuk empat lengkung. Magic7 mengekalkan potongan berbentuk pil untuk kamera depan yang dijangka menempatkan kamera swafoto dan sistem pengesanan wajah 3D.


Sementara reka bentuk belakang Magic7 masih tersembunyi di bawah penutup telefon tetapi beberapa ciri masih dapat dilihat termasuk dua kamera dan lampu LED. Tambahan pula, bukaan jalur menunjukkan kemungkinan kehadiran fokus laser. Maklumat lengkap tentang reka bentuk ini masih belum didedahkan, tetapi pendedahan lanjut daripada HONOR dijangka akan datang tidak lama lagi.
Selain perkakasan, Zhao Ming juga menekankan kemajuan dalam pembantu suara pintar telefon pintar ini yang kini dapat melaksanakan tugas dengan hanya satu arahan. Sebagai contoh, beliau menunjukkan bagaimana Magic7 dapat memproses pesanan makanan dengan efisien hanya dengan menyatakan “Pesan tiga cawan kopi Amerika”. Peranti ini dengan cepat mencari dan menyelesaikan pesanan, menunjukkan peningkatan ketara dalam kemampuannya.
Lebih banyak ciri dijangka akan didedahkan dengan pelancaran rasmi siri HONOR Magic6 pada 30 Oktober ini. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Weibo







