More

    Snapdragon 8 Gen 1 mampu bersaing dengan Apple A15 Bionic, miliki markah penanda aras hampir sama

    Cipset Apple A15 Bionic dilancarkan pada bulan September lalu yang kini digunakan pada siri iPhone 13. Keputusan awal penanda aras yang terkini telah muncul dan berita angin sebelum ini yang mengatakan kehebatan cipset terbaharu Snapdragon iaitu Snapdragon Gen 1 memiliki prestasi yang hebat telah pun disahkan.

    Sumber maklumat terkenal iaitu IceUniverse telah berkongsi beberapa tangkapan skrin yang menunjukkan markah penanda aras Apple A15 Bionic dan Snapdragon 8 Gen 1 dalam pelbagai ujian GPU.

    Tiada perbezaan signifikan secara statistik dalam ujian skrin tertutup (offscreen) GFXBench T Rex tetapi dalam ujian skrin tertutup Manhattan ES 3.0, Qualcomm mendapat 267 bingkai iaitu kira-kira 24% skor lebih tinggi daripada Apple. Walau bagaimanapun, dalam ujian 3DMark Wild Life Unlimited, Snapdragon mendapat skor 12% lebih rendah daripada Apple.

    Ia adalah kali pertama sejak kebelakangan ini bahawa cipset Qualcomm mungkin dapat bersaing dan mengalahkan Apple daripada segi kuasa cip pemprosesan. Lebih banyak ujian diperlukan untuk memastikan sama ada Snapdragon 8 Gen 1 akan menjadi juara sebagai cipset yang paling berkuasa di dalam pasaran sekarang.

    Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: IceUniverse

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured