More

    Ciri auto-arkib untuk Android dilancar, jimatkan storan tanpa perlu nyahpasang aplikasi

    Google telah melancarkan ciri auto-arkib untuk Android yang mengosongkan ruang storan tanpa menyahpasang aplikasi yang tidak digunakan daripada peranti anda tanpa memadamkan data pengguna. Ciri baharu ini sama seperti ciri Apple Offload Unused pada iOS yang boleh mengosongkan hampir 60% ruang storan tanpa perlu menyahpasang aplikasi.

    Google mengesahkan ciri pengarkiban aplikasi baharu ini hanya tersedia pada aplikasi yang diterbitkan dalam format App Bundle. Pengguna akan diberitahu untuk menggunakan auto-arkib apabila mereka cuba memuat turun aplikasi di Play Store jika storan peranti mereka sudah penuh.

    Setelah pengguna bersetuju dengan syarat tersebut, peranti mereka akan dapat mengarkibkan aplikasi yang tidak digunakan untuk mengosongkan storan. Aplikasi yang diarkibkan masih akan muncul dalam senarai aplikasi dan skrin utama dengan tindanan ikon awan kelabu.

    Jika anda ingin menggunakan aplikasi yang diarkibkan, pilih pada ikonnya dan ia akan memuat turun semula fail aplikasi dan anda akan dapat terus menggunakannya seperti biasa. Pengguna akan dapat mengurus pilihan pengarkiban aplikasi dalam Tetapan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured