More

    Ciri Instagram baharu dilancar, pengguna boleh pin tiga kandungan pada halaman profil

    Instagram mengumumkan pada hari Selasa lalu bahawa pengguna akan dapat pin sehingga tiga kandungan termasuk foto atau Reels ke bahagian atas grid profil mereka. Ia merupakan satu ciri yang akan dinikmati secara global kepada semua pengguna.

    Instagram berkata ciri baharu itu akan memberikan pengguna lebih fleksibiliti untuk memaparkan tentang diri mereka pada profil. Pengguna boleh pin kandungan sama ada foto atau Reels tertentu dengan menekan pada tiga titik di penjuru kanan sebelah atas dan memilih “Pin To Your Profile”.

    Selepas kandungan tersebut di-pin, ia akan muncul di bahagian atas grid profil pengguna. Ciri baharu ini serupa dengan ciri yang tersedia di platform Twitter dan TikTok yang kedua-duanya membolehkan anda pin kandungan dalam halaman profil anda.

    Meta, sebaliknya melancarkan penyegerakan bunyi pada Facebook Reels dan menambah sokongan untuk Instagram Reels sehingga 90 saat meningkat daripada sebelumnya iaitu 60 saat. Syarikat itu juga telah melancarkan lebih banyak alat kreatif, alat audio, templat dan pilihan lain untuk menjadikan Reels lebih menarik.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: cnBeta

     

    Artikel Terkini

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan...

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured