More

    DJI Osmo Mobile 8 dilancar: Gimbal telefon dengan putaran 360°, penjejakan lebih stabil bermula ~RM540

    DJI baru-baru ini telah melancarkan gimbal baharu untuk digunakan bersama telefon pintar iaitu DJI Osmo Mobile 8. Gimbal ini datang dengan teknologi penstabilan tiga paksi dan turut menawarkan putaran horizontal 360 darjah bagi membenarkan pengguna mengambil gambar panorama 360° dan menjejak subjek dengan stabil sewaktu merakam video.

    Ia turut mempunyai batang pemanjang (extension rod) yang boleh menyengetkannya ke hadapan untuk mengambil gambar atau video dari sudut yang rendah. Selain itu, ia mempunyai penjejakan ActiveTrack 7.0 yang dipertingkat, mikrofon untuk merakam audio dan lampu fill light yang boleh melaraskan kecerahan dan suhu warna.

    Untuk menggenggam telefon dengan erat, ia mempunyai pemegang magnetik Magnetic Phone Clamp 4 yang boleh digunakan dengan telefon bersaiz besar yang mempunyai bonggol kamera tebal. Pengguna boleh mengawal gimbal ini dengan aplikasi DJI Mimo.

    DJI mengatakan gimbal ini mempunyai bateri yang boleh bertahan sehingga 10 jam. Ia juga boleh mengecas telefon melalui port USB-C.

    Buat masa ini, DJI Osmo Mobile 8 dijual di China sahaja pada harga bermula CNY898 (~RM540) dan setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...