More

    DreameBot L20 Ultra Robot Vacuum dilancar di Malaysia: Pembersihan menyeluruh bermula RM4,499

    Dreame Malaysia memperkenalkan DreameBot L20 Ultra Robot Vacuum dengan kerjasama rakan kongsi pasaran Shopee, Lazada dan TikTok. Dikemas dengan ciri-ciri seperti pembersihan kendiri, auto-kpengosongan tong, mop lanjutan, sedutan berkuasa, navigasi berasaskan AI dan arahan suara, DreameBot L20 bertujuan untuk mentakrifkan semula penyedutan robot di Malaysia dan menetapkan standard industri baharu.

    DreameBot L20 Ultra Robot Vacuum memperkenalkan ciri inovatif seperti Teknologi MopExtend Eksklusif yang membolehkannya membersihkan bahagian bucu sehampir 2mm, dibantu oleh sensor termaju untuk pembersihan sudut yang menyeluruh.

    Ia menyesuaikan diri secara automatik pada kawasan berkarpet smabil menawarkan mod pembersihan yang boleh disuaikan melalui aplikasi untuk mengelakkan pembasahan permaidani. Sistem Mop DuoScrub menggunakan dua mop berputar berkelajuan tinggi untuk pembersihan yang berkesan dan senyap.

    Sistem Sedutan Vormax mempunyai kuasa sedutan 7000Pa yang mengagumkan, mengangkat kotoran dan serpihan daripada pelbagai permukaan dengan reka bentuk aliran udara dan berus yang canggih. Ia dilengkapi dengan Kit Air Pintar yang mengisi semula air bersih secara automatik dan mengalirkan air kotor untuk kerja mengemop.

    Robot itu menggunakan LIDAR, AI Action Camera dan Pengimejan 3D untuk navigasi yang tepat, mengenal pasti halangan dan memetakan rumah anda dengan tepat. Kemudian, ia juga mempunyai cahaya penglihatan malam untuk membantu penglihatan dalam gelap.

    DreameBot L20 Ultra menawarkan ciri canggih seperti dwi saluran aliran udara yang memisahkan pad mop pengeringan udara panas dan sistem pengosongan habuk untuk memastikan pengumpulan habuk yang cekap serta prestasi pengeringan dan menghalang kemasukan air secara tidak sengaja. Ia direka bersama teknologi DualBoost 2.0 dan beg habuk 3.2L yang mempunyai kapasiti habuk 75 hari untuk sesi pembersihan lanjutan.

    Penyedut robot ini memerlukan penyelenggaraan yang minimum, kerana ia membersihkan sendiri dan mengeringkan mop. Ia boleh didapati di kedai rasmi Dreame Malaysia pada harga RM4,499 (RM4,999 dengan Kit Air Pintar) dan RM5,499 (RM5,999 dengan Kit Air Pintar) dengan tawaran masa terhad bagi pengering rambut Hair Gleam percuma untuk setiap pembelian sehingga 9 September 2023.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    vivo lancar Concept Store baharu di Sunway Velocity Mall dengan pameran “imaging” tersendiri

    vivo Malaysia bakal membuka Concept Store baharu di Sunway Velocity Mall pada 27 Jun 2026 dengan membawa konsep lebih interaktif menerusi Immersive...

    Samsung kini pilih ChatGPT untuk bantu pembangunan produk dan operasi syarikat

    Samsung dan OpenAI kini mengembangkan kerjasama mereka ke peringkat baharu apabila Samsung dilaporkan akan menyediakan ChatGPT Enterprise dan Codex kepada semua pekerja...

    Tecno Camon 50 Slim tiba dengan 354 mini-LED belakang, skrin 144Hz dan ketebalan hanya...

    Tecno secara senyap-senyap telah menyenaraikan Camon 50 Slim pada laman global mereka yang mendedahkan hampir keseluruhan spesifikasi dan ciri telefon tersebut. Buat...

    Xiaomi YU7 GT jadi kereta pertama catat rekod pusingan tanpa pemandu di Nurburgring

    Litar Nürburgring Nordschleife di Jerman terkenal sebagai antara litar paling mencabar di dunia, tetapi kali ini ia menjadi lokasi percubaan yang berbeza...

    MC digital bakal diperkenal, bantu majikan sahkan ketulenan sijil cuti sakit pekerja

    Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan siasatan sedang dijalankan berhubung sindiket MC palsu yang dipercayai beroperasi sejak sedekad lalu. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...