More

    Dyson perkenal PencilVac dan V16 Piston Animal di Malaysia bermula RM2,799

    Dyson baru-baru ini telah melancarkan dua pembersih vakum tanpa wayar baharu di Malaysia iaitu Dyson PencilVac dan Dyson V16 Piston Animal. PencilVac merupakan model paling nipis dan mudah digerakkan daripada Dyson setakat ini. Ia hadir dengan ukuran hanya 38mm diameter dan berat 1.8kg yang memudahkan pembersihan di ruang sempit sambil mengekalkan kuasa sedutan tinggi.

    Kepala pembersih Fluffycones dengan empat berus kon berputar mampu menyingkirkan sebarang kotoran sama ada ketika membersih ke depan atau ke belakang. Vakum ini dikuasakan motor Hyperdymium 140k iaitu motor paling kecil dan terpantas Dyson yang berputar sehingga 140,000RPM dengan kuasa sedutan 55AW.

    Ia turut dilengkapi sistem pengasingan habuk dua peringkat yang mampu menangkap 99.99% zarah sekecil 0.3 mikron sambil memampatkan habuk untuk menjimatkan ruang bekas. PencilVac menawarkan masa operasi sehingga 60 minit, pencahayaan terbina untuk mengesan habuk tersembunyi dan sokongan aplikasi MyDyson bagi pemantauan serta penyelenggaraan.

    Sementara itu, Dyson V16 Piston Animal tampil sebagai model paling berkuasa dengan fokus pada pembersihan menyeluruh termasuk rambut haiwan peliharaan. Ia hadir dengan kepala pembersih All Floor Cones Sense yang boleh menyesuaikan kuasa sedutan dan kelajuan berus mengikut jenis lantai.

    Ia menggunakan motor Hyperdymium 900W yang menghasilkan kuasa sedutan sehingga 315AW manakala teknologi Dynamic Cyclone menambah lima kitaran tambahan dalam mod Boost untuk sedutan lebih kuat. Sistem CleanCompaktor membolehkan bekas debu menampung tiga kali lebih banyak kotoran sambil dilengkapi mekanisme pembersihan automatik.

    Model ini turut menawarkan penapisan HEPA seluruh mesin yang menyingkirkan 99.99% zarah sekecil 0.1 mikron, masa operasi sehingga 70 minit, bateri boleh tukar dan lampu LED untuk mengesan habuk. Di Malaysia, Dyson PencilVac dijual pada harga RM2,799 manakala Dyson V16 Piston Animal ditawarkan pada harga RM4,099.

    Kedua-dua model kini tersedia di Dyson Demo Store seluruh negara serta secara dalam talian melalui laman rasmi Dyson Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...