More

    Era iPhone murah dah habis? Apple akui kenaikan harga sukar dielak

    Apple mungkin akan menaikkan harga beberapa produknya pada masa akan datang selepas Ketua Pegawai Eksekutif, Tim Cook, mengakui bahawa kenaikan harga kini semakin sukar dielakkan. Dalam temu bual bersama The Wall Street Journal, Cook berkata Apple sebelum ini cuba menyerap peningkatan kos komponen bagi mengelakkan pengguna menerima kesannya secara terus.

    Namun, keadaan semasa dilihat sudah tidak lagi mampan. Menurut beliau, kos cip memori dan storan seperti DRAM serta NAND meningkat dengan ketara sejak kebelakangan ini. Antara punca utama ialah permintaan tinggi daripada industri AI dan pusat data yang menyebabkan bekalan menjadi lebih ketat.

    Walaupun Apple tidak mendedahkan produk mana yang akan menerima pelarasan harga atau bila ia akan dilaksanakan, penganalisis menjangkakan produk seperti iPhone, iPad dan Mac berpotensi terkesan jika trend kenaikan kos ini berterusan.

    Laporan turut menyebut bahawa pengeluar cip kini memberi lebih tumpuan kepada pengeluaran memori berprestasi tinggi untuk pelayan AI yang memberi tekanan kepada bekalan bagi peranti pengguna biasa. Setakat ini, Apple masih belum mengumumkan sebarang perubahan harga secara rasmi.

    Kenyataan Tim Cook ini memberi petunjuk bahawa pengguna mungkin perlu bersedia untuk melihat harga produk Apple menjadi lebih tinggi dalam tempoh akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WSJ

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...