More

    Ericsson bekerjasama dengan UTM dan DNB lancarkan platform Ericsson Educate

    Tahun 2022 merupakan antara permulaan rangkaian 5G di Malaysia. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Digital Nasional Berhad (DNB) berusaha keras untuk memastikan rangkaian 5G yang lancar dan kini, Ericsson turut mengambil bahagian daripada segi pendidikan.

    Pada persidangan hari ini, Ericsson telah mengumumkan kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan DNB untuk mendidik pelajar Malaysia mengenai 5G dan teknologi baru yang lain melalui platform baharu yang dipanggil Ericsson Educate.

    Platform ini akan menyediakan pelajar UTM dengan maklumat mengenai pelbagai perkhidmatan IT termasuk rangkaian 5G, kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin, automasi, teknologi blockchain, pengkomputeran awan (cloud), sains data, Internet of Things(IoT) dan telekomunikasi. Kandungan-kandungan ini akan akan disediakan secara percuma sebagai sebahagian daripada kursus ijazah dalam talian UTM.

    Walaubagaimanapun, Ericsson tidak menjelaskan sama ada platform itu akan tersedia untuk orang ramai atau pelajar dari kolej lain. Ini mungkin dapat membantu orang ramai mengenai teknologi asas dan berguna untuk masa hadapan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...