Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata syarikat telekomunikasi perlu menyediakan satu pakej internet khas untuk para pemandu teksi dan seru pandu (e-hailing) supaya mereka boleh menggunakan internet pada kadar yang lebih rendah. Ini adalah kerana mereka sangat bergantung kepada data internet untuk melaksanakan tugas-tugas pemanduan mereka.
Pelan seperti ini akan meringankan beban para pemandu tersebut. Jika pelan sedemikian akan diwujudkan, beliau meminta supaya pelan itu boleh didaftarkan secara dalam talian sahaja tanpa perlu hadir ke mana-mana premis.
Beliau telah pun meminta syarikat telekomunikasi untuk semak pelan internet yang dilanggan oleh 150 pemandu seru pandu terpilih dan lihat apa penambahbaikan yang boleh dibuat bagi meningkatkan data dan mengurangkan harga langganan.
Selain itu, beliau berpendapat bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) perlu membina satu usaha sama dengan golongan pemandu teksi bagi memudahkan penyebaran maklumat yang tepat kepada para pemandu.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: BERNAMA







