More

    Golden Concept dilancar di Malaysia: Sarung iPhone dan Apple Watch mewah bermula RM5,200

    Jenama gaya hidup mewah dari Sweden, Golden Concept, hari ini mengumumkan keberadaannya dalam pasaran Malaysia dan akan menawarkan pelbagai aksesori gajet yang mewah seperti sarung jam tangan pintar Apple Watch serta telefon pintar iPhone.

    Anda boleh lihat sendiri rangkaian produknya di butik Golden Concept yang terletak dalam pusat beli-belah Pavilion Mall Kuala Lumpur. Mereka menawarkan pelbagai koleksi sarung Apple Watch dengan harga antara RM5,200 hingga RM130,000 dan setiap produknya telah dibina dengan kehalusan seni bina bermutu tinggi.

    Butik Golden Concept di Pavilion Kuala Lumpur
    Pelbagai koleksi sarung Apple Watch oleh Golden Concept

    Untuk sarung iPhone pula, Golden Concept akan menawarkan sarung yang paling mewah di dunia, dibina dengan titanium tahan lasak dan kemasan bersadur emas serta sudahan kulit premium atau gentian karbon. Terdapat juga sarung yang bertatahkan permata sebenar untuk memberikan penampilan paling mewah.

    Golden Concept juga akan menawarkan koleksi edisi khas dengan Mansory yang dijual sebanyak 200 unit sahaja pada harga RM13,000 setiap satu. Malaysia merupakan negara pertama yang menerima produk edisi khas ini.

    Koleksi Mansory

    Sempena pembukaan butiknya di Pavilion Kuala Lumpur, Golden Concept akan menawarkan diskaun sebanyak 20% untuk sarung jam tangan sehingga 15 Disember 2024. Setiap pembelian sewaktu tempoh ini juga akan disertakan dengan hadiah percuma.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan aksesori mewah ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...