More

    Google Photos perkenalkan ciri Video Remix dikuasakan Gemini Omni

    Google telah memperkenalkan ciri baharu dinamakan Video Remix dalam aplikasi Google Photos. Ciri ini membolehkan pengguna melakukan suntingan video secara automatik melalui bantuan model kecerdasan buatan, Gemini Omni. Untuk menggunakannya, ia terletak bawah tab Create dalam Google Photos.

    Pengguna boleh memilih daripada koleksi templat yang disediakan untuk mengubah suai video seperti menambah filter cat air, melaraskan pencahayaan pada babak gelap atau menukar latar belakang video asal. Google mengatakan bahawa proses penjanaan video yang disunting hanya mengambil masa beberapa saat sahaja.

    Gemini Omni merupakan model AI yang direka untuk memahami input yang lebih luas serta simulasi fizik seperti graviti dan tenaga kinetik bagi menghasilkan visual yang lebih realistik. Selain itu, ciri ini membolehkan pengguna memasukkan avatar digital diri sendiri ke dalam video di mana setiap hasil suntingan akan ditanda air menggunakan alat SynthID keluaran Google.

    Ciri Video Remix ini sudah mula diedarkan kepada pengguna pelan langganan Google AI Plus, Pro dan Ultra bermula hari ini. Untuk pengguna di Malaysia, nantikan kemas kini yang akan diedarkan secara berperingkat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    Google sahkan acara Made by Google 2026 diadakan pada 12 Ogos ini

    Google secara rasmi mengumumkan acara Made by Google 2026 akan berlangsung pada 12 Ogos ini di New York City, jam 6 petang...

    Nubia bakal lancarkan telefon pintar ejen AI pertama di dunia

    Nubia mengesahkan perancangan untuk memperkenalkan model telefon pintar terbaharu yang dilengkapi dengan sistem ejen kecerdasan buatan (AI) pada hujung bulan ini. Peranti...

    Google Photos perkenalkan ciri Video Remix dikuasakan Gemini Omni

    Google telah memperkenalkan ciri baharu dinamakan Video Remix dalam aplikasi Google Photos. Ciri ini membolehkan pengguna melakukan suntingan video secara automatik melalui...

    Nothing Phone (4b) tiba dengan cip SD 6 Gen 4, skrin AMOLED 6.77″ dan...

    Nothing secara rasmi memperkenalkan model telefon pintar terbaharu dalam siri 4b iaitu Nothing Phone (4b). Ia direka sebagai pilihan yang lebih mampu...

    Tak perlu dekoder lagi! Astro X3 dilancar 20 Julai ini dengan langganan bermula RM39.99

    Astro bakal memperkenalkan perkhidmatan penstriman terbaharunya, Astro X3, bermula 20 Julai 2026 dengan tawaran harga langganan bermula daripada RM39.99 sebulan. Perkhidmatan ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured