More

    Google Pixel 4a akan dilancarkan bersama Google Pixel 5 Oktober ini?

    Google Pixel 3a dan 3a XL telah dilancarkan pada 7 Mei tahun lepas dan menjadi perbualan ramai peminat telefon pintar sehingga ke hari ini. Lebih dari setahun kemudian, peminat telefon pintar milik Google ini kini tertunggu-tunggu bila akan tiba hari pelancaran Google Pixel 4a yang baru.

    Google Pixel 4a sepatutnya akan dilancarkan di Amerika Syarikat pada acara tahunan Google I/O pada Mei lepas tetapi terpaksa dibatalkan akibat pandemik COVID-19.

    Kini, sumber menyatakan Google Pixel 4a akan dilancarkan pada bulan Oktober kelak bersama telefon flagship Google baharu, Google Pixel 5. Terdapat juga potensi untuk Google Pixel 4a ditukar nama ke Pixel 5a untuk memudahkan pengguna membeli telefon pintar tersebut.

    Google Pixel 4a dijangka akan hadir dengan storan 64GB dan RAM 6GB serta menggunakan cipset Snapdragon 730. Ia juga dijangka akan menggunakan skrin OLED saiz 5.81 inci beresolusi FHD+ dan kamera utama 12.2MP serta 8MP kamera hadapan dengan skrin berlubang (punch hole). Pixel 4a juga tidak lagi akan hadir dengan ciri Active Edge.

    Walau bagaimanapun, sama seperti tahun-tahun sebelumnya, telefon pintar dari Google ini tidak akan dilancarkan di Malaysia secara rasmi dan hanya boleh diperoleh secara import dari negara lain.

    Anda peminat telefon pintar Google dan tidak sabar untuk menunggu ketibaannya? Kongsikan keterujaan anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured