More

    Google Pixel Watch 3 rasmi di Malaysia: Pengesanan nadi, paparan 60Hz dan sokongan UWB bermula RM1,849

    Di samping pelancaran siri Pixel 9, Pixel 9 Pro Fold dan fon telinga Buds Pro 2, Google turut memperkenalkan jam tangan pintar generasi ketiganya. Pixel Watch 3 mengekalkan sebahagian besar spesifikasi daripada Pixel Watch 2 dengan beberapa peningkatan tambahan. Ia kini hadir dalam pilihan saiz 41mm dan 45mm.

    Google Pixel Watch 3 mengekalkan reka bentuk yang sama seperti pendahulunya iaitu dail bulat dengan crown berputar di sebelah kanan. Ia turut menawarkan bezel yang lebih nipis mengelilingi paparan AMOLED dengan kecerahan puncak 2,000 nits dan kadar penyegaran 60Hz.

    Daripada segi kesihatan, Pixel Watch 3 mempunyai ciri penting yang boleh mengesan jika nadi berhenti dan memanggil perkhidmatan kecemasan secara automatik. Ia berfungsi dengan bantuan sensor, AI dan algoritma pemprosesan isyarat. Jam tangan pintar ini mengekalkan ciri kadar denyutan jantung dan penderia SpO2 bersama-sama dengan penjejak tidur dan tekanan.

    Ia mampu mengesan fibrilasi atrium dan menyampaikan amaran irama kadar jantung yang tidak teratur. Terdapat juga sensor cEDA yang mengesan sebarang tanda tekanan dan sensor untuk mengukur suhu kulit. Selain itu, ia menyokong metrik larian lanjutan, larian tersuai, isyarat audio dan haptik serta menambah baik bentuk dengan pelbagai metrik.

    Peranti boleh memberitahu skor kesediaan yang akan menentukan sama ada anda bersedia untuk bersenam atau perlu berehat. Google juga memperkenalkan ciri Morning Brief baharu yang akan meringkaskan setiap metrik termasuk kualiti tidur dan skor kesediaan. Terdapat pengesanan kemalangan kereta terbina dalam dan juga pengesanan jatuh.

    Google Pixel Watch 3 memperoleh keupayaan baharu untuk melihat Nest Doorbells dan kamera pada jam untuk kemudahan tambahan. Ia juga boleh mengawal Google TV. Peta boleh diakses di luar talian dan Google Wallet boleh digunakan untuk pembayaran. Pengguna juga boleh mengawal kamera telefon Pixel mereka daripada jam tangan pintar.

    Jam tangan pintar ini juga dilengkapi dengan sambungan jalur ultra lebar untuk pengesanan lokasi yang tepat dan membuka kunci kereta yang serasi serta telefon pintar. Terdapat juga sokongan untuk WiFi dwijalur. Pixel Watch 3 menggunakan pemproses Snapdragon Wear 5100 yang dipasangkan dengan RAM 2GB dan storan eMMC 32GB.

    Varian 41mm disokong oleh bateri berkapasiti 310mAh manakala bateri varian 45mm berkapasiti 420mAh. Harga Pixel Watch 3 di Malaysia bermula RM1,849 dan tersedia untuk dibeli di CelcomDigi, Maxis, Urban Republic, Senheng, Shopee dan Lazada bermula 10 September ini. Untuk makluman, pasaran Malaysia hanya menerima model WiFi dan bukannya versi LTE.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Google Pixel Watch 3 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured