Google bakal melancarkan siri Pixel 7 pada 6 Oktober sambil membawa satu lagi peranti iaitu Pixel Watch yang didedahkan dalam video promosi. Kotak pembungkusan turut didedakan membawa reka bentuk yang agak berbeza daripada yang lain.
Google telah memilih kotak empat segi sama dan bukannya kotak segi empat panjang seperti Apple dan Samsung. Kotak pembungkusan mempunyai penjenamaan ‘dengan Fitbit’ seperti imej di bawah.

Jam tangan tersebut dilihat dalam warna perak dengan tali berwarna Charcoal. Menurut laporan, Pixel Watch dijangka akan mula dihantar pada 4 November menampilkan reka bentuk yang minimalis dengan beberapa lengkungan.
Laporan turut mengatakan kabel pengecasan dan penyambung yang digunakan untuk menyambung jam tangan turut disediakan di dalam kotak tetapi tanpa palam pengecas. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Android Headlines







