More

    Google sekali lagi mendedahkan Android 11 Beta secara tidak sengaja

    Terkini, sumber melaporkan terdapat beberapa peranti yang telah menerima kemas kini Android 11 secara tidak sengaja. Terdahulu, Google pernah mendedahkan pratonton halaman pembangun Android 11. Sebenarnya, Android 11 Beta ini dijadualkan untuk tersedia pada 3 Jun.

    Menurut sumber, salah satu kumpulan yang menerima kemas kini ini adalah pengguna Google Pixel 4 XL. Kemas kini hadir dengan nombor versi RPB1.200504.01 bersaiz 736MB. Turut dilaporkan, kemas kini hadir pada hari yang sama dengan kemas kini sekuriti Android 10 terkini. Anda boleh melihat reka bentuk Android 11 beta melalui gambar di bawah.

    Bentuk ikon baharu
    Pratonton antara muka menu dan kawalan peranti baharu
    Tetapan yang digalakkan untuk pembuka aplikasi di skrin utama
    Pilihan untuk pembangun, alih kawalan media ke tetapan pantas

    Anda boleh melihat gambar yang lain melalui sumber utama yang mendedahkan gambar ini. Apa pun, kami tidak pasti jika Android 11 Beta bakal hadir di Malaysia memandangkan tidak banyak peranti di Malaysia yang menggunakan peranti Google Android.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured