More

    Google tamatkan sokongan Android Instant Apps menjelang akhir 2025

    Google mengumumkan bahawa Android Instant Apps akan dihentikan sepenuhnya menjelang akhir tahun 2025. Ciri ini sebelum ini diperkenalkan bagi membolehkan pengguna mencuba sebahagian fungsi sesebuah aplikasi mudah alih tanpa perlu memasang keseluruhan aplikasi terlebih dahulu.

    Melalui Instant Apps, pengguna dapat menikmati kandungan dengan lebih pantas sambil menjimatkan penggunaan data dan ruang storan, sekali gus memberikan pengalaman mudah alih yang lebih optimum. Ciri ini juga direka untuk mengurangkan kerumitan pengguna yang tidak mahu memasang aplikasi baharu semata-mata untuk mencuba sesuatu perkhidmatan.

    Namun, sejak ia dilancarkan, sokongan terhadap fungsi ini sangat terhad kerana tidak ramai pembangun yang menggunakannya. Kekurangan sambutan daripada komuniti pembangun aplikasi menjadi antara faktor utama Google mengambil keputusan untuk menamatkan sokongan terhadap Android Instant Apps sepenuhnya pada penghujung 2025.

    Langkah ini menandakan satu perubahan dalam strategi Google terhadap pengalaman aplikasi mudah alih dan pengguna dijangka perlu memasang aplikasi penuh seperti biasa selepas ini untuk mencuba perkhidmatan baharu. Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Authority

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...