More

    Mufti WP: Haram gunakan Android Box untuk akses siaran berbayar dengan cara salah

    Dalam Irsyad Al-Fatwa Siri ke-649, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah menjelaskan penggunaan kotak siaran Android Box yang popular di kalangan rakyat Malaysia, di mana produk tersebut membenarkan pengguna untuk mengakses siaran percuma dan berbayar dari seluruh dunia, walaupun pengguna langsung tidak membayar yuran langganan.

    Menurut penjelasan itu, hukum penggunaan Android Box pada asalnya adalah harus. Walau bagaimanapun jika ia digunakan untuk mengakses siaran berbayar dan hak cipta lain dengan cara yang salah di sisi undang-undang, seperti tidak membayar yuran, ini menjadikannya haram kerana ia mencerobohi hak pihak lain.

    Tindakan menggunakan Android Box untuk mengakses siaran berbayar tanpa membuat bayaran adalah sama seperti mengambil hak orang lain dengan cara menzalimi syarikat penyiaran dan pihak berkaitan dengannya. Hak cipta dan penyiaran adalah hak yang diiktiraf oleh syarak dan ia tidak boleh diceroboh.

    Sebelum ini, penggunaan Android Box untuk mengakses kandungan berbayar telah pun disekat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sejak Februari 2020. Seorang pengedar Android Box juga telah didenda sebanyak RM40,000 dan penjara selama 10 tahun kerana menjual produk tersebut.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...