More

    Harga iPhone 14 Pro diramal meningkat, varian storan bermula 256GB

    Awal hari ini, penganalisis Ming-Chi Kuo mendakwa model iPhone 14 Pro akan lebih mahal daripada model iPhone 13 Pro. Kuo tidak mendedahkan harga yang tepat tetapi dia berkata bahawa harga jualan purata bagi keempat-empat model iPhone 14 akan meningkat kira-kira 15% secara keseluruhan.

    Walaupun harga yang lebih tinggi akan mengecewakan pelanggan, ada kemungkinan iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max akan menawarkan peningkatan storan sebagai balasan untuk kos tambahan. Pada bulan Jun, sumber meramalkan bahawa model iPhone 14 Pro akan bermula dengan storan 256GB berbanding 128GB untuk model iPhone 13 Pro.

    Walau bagaimanapun, dokumen terdedah mengatakan jumlah storan masih “TBD”, jadi kita perlu tunggu dan lihat. Khabar angin lain untuk model iPhone 14 Pro termasuk cip A16 yang lebih pantas, potongan skrin berbentuk pil baharu menggantikan takuk, kamera utama 48MP yang dinaik taraf untuk sokongan rakaman video 8K dan kamera swafoto autofokus.

    Selain itu, ia juga mungkin hadir dengan RAM yang lebih tinggi serta paparan sentiasa hidup yang menunjukkan masa, tarikh, widget dan peratusan bateri yang baru ditambah semula pada skrin kunci. Di Amerika Syarikat, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max masing-masing bermula pada $999 (~RM4,440) dan $1,099 (~RM4,890) dengan storan 128GB.

    Dengan kenaikan harga sekitar 10%, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max masing-masing mungkin bermula pada $1,099 dan $1,199 (~RM5,330) yang akan menjadi harga yang sama seperti iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max dengan storan 256GB. Apple dijangka mengumumkan barisan iPhone 14 pada bulan September seperti biasa.

    Tidak jelas sama ada model iPhone 14 standard juga akan dinaikkan harga memandangkan ia mungkin dilengkapi cipset A15 dan kekurangan banyak peningkatan lain berbanding model Pro. Khabar angin juga ada mendakwa harga iPhone 14 6.1 inci akan bermula pada $799 (~RM3,550).

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: MacRumors

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan...

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured