More

    HONOR lancarkan Anugerah Magic Moments 2023, tawarkan hadiah bernilai sehingga ~RM483,681

    HONOR telah melancarkan penganjuran ketiga pertandingan fotografi mudah alih peringkat global yang dinamakan Anugerah HONOR Magic Moments 2023. 

    Anugerah tersebut mengalu-alukan penyertaan dari jurugambar amatur dan juga penggemar fotografi mudah alih mulaiĀ 6 April hingga 6 Ogos 2023. Sejak dua tahun lalu, HONOR telah menerima lebih 500,000 penyertaan dari lebih 50 negara. Tahun ini, nilai hadiah dinaikkan kepada USD110,000 (~RM483,681) dan bilangan pemenang turut dinaikkan kepada 75 dari 67 orang.Ā 

    Jurugambar di Malaysia dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam anugerah kebangsaan tersebut yang bertemakan #MagicMomentsofMalaysia. Juara peringkat kebangsaan bagi 2023 akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 manakala dua pemenang Anugerah Fotografi Master akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000. 

    Selain itu, tiga pemenang kategori Anugerah Jurugambar Berprestij dan Anugerah Kecemerlangan akan membawa pulang sebuah HONOR Magic5 Pro. Seramai 10 pemenang Anugerah Jurugambar Disegani akan memenangi telefon pintar Siri HONOR N yang baharu. 

    Untuk sertai pertandingan tersebut, anda perlu memuat naik gambar-gmabar terbaik di Facebook, Instagram atau laman web rasmi HONOR dengan bersertakan tanda pagar #MagicMomentsofMalaysia.

    Dalam pada itu, bersempena penganjuran Anugerah HONOR Magic Moments, HONOR Malaysia mengadakan jelajah fotografi di seluruh negara bersama rakan kongsi kenderaan rasmi Cycle & Carriage untuk merakam suasana menarik #MagicMomentsofMalaysia dengan menaiki kereta Mercedes-Benz. 

    HONOR akan melantik peserta bagi setiap lokasi lawatan melalui laman Facebook Rasmi HONOR.  Sertai kami sambil meneroka kehebatan fotografi mudah alih menggunakan Siri HONOR Magic5 untuk merakam keindahan Malaysia.

    Ketahui lebih lanjut mengenai HONOR Magic Moments Malaysia di laman web rasmi HONOR di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured