More

    HONOR Magic Experiencer Malaysia luahkan pengalaman gunakan HONOR Magic5 Pro

    Menjelang pelancaran rasmi di Malaysia pada April ini, HONOR telah memilih puluhan rakyat Malaysia untuk menggunakan HONOR Magic5 Pro yang digelar sebagai HONOR Magic Experiencers. Pengguna diberi peluang menguji proses pembangunan produk dan antara yang pertama meneroka sistem inovatif Magic OS 7.0. 

    HONOR berjaya menyelesaikan masalah kamera yang lengah menerusi Falcon Triple Main Camera yang terdiri daripada cache berganda bagi mengurangkan masa lengah kepada maksima 1,500 milisaat. Teknologi AI kamera memilih imej terbaik dari gambar-gambar sama yang dirakam dalam tempoh sesaat sebelum dan 0.5 saat selepas butang pengatup ditekan. 

    HONOR Magic Experiencer, Wildan Toh meluahkan rasa kagum dan berkongsi sekeping gambar seekor kucing melompat dari kerusi dengan sempurna. Kemudian, Alan Ong menggambarkan ciri-ciri HONOR Magic5 Pro sebagai ‘magis’kerana ia mudah menangkap gambar dengan profesional dan berkualiti. 

    at_manual200

    Selepas menangkap beberapa siri gambar zum pada waktu malam, Edwin Liew tertarik dengan kamera Telefoto Periskop 50MP peranti tersebut yang menyokong zum optik 3.5x dan zum digital 100x.

    Daripada segi bateri, Foo Tzen Fung kagum kerana msih mampu bertahan selepas menggunakan peranti tersebut selama 7 jam 43 minit dalam perjalanan. Sementara itu, Ahmed Khamis turut memuji ketahanan bateri HONOR Magic5 Pro sambil mengatakan “Selamat tinggal kepada pengecasan sepanjang malam”.

    HONOR Malaysia bakal melancarkan dua peranti andalan baharu pada awal April dan nantikan pengumuman tarikh pelancaran dalam masa terdekat ini. Ketahui lebih lanjut mengenai Siri HONOR Magic5 dan HONOR Magic Vs di laman web rasmi HONOR.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Dream Phone muncul dengan bicu audio, slot microSD dan kamera swafoto “pop-up”

    Nothing baru-baru ini memperkenalkan satu konsep telefon baharu yang dinamakan sebagai Dream Phone iaitu projek eksperimental yang dibangunkan berdasarkan cadangan serta maklum...

    Meta Glasses rasmi dengan tiga rekaan bingkai, bateri 8 jam dan AI Muse Spark

    Meta secara rasmi memperkenalkan Meta Glasses iaitu siri cermin mata pintar baharu yang dibangunkan bersama pengeluar kaca mata EssilorLuxottica. Pelancaran ini dilihat...

    Samsung umum UFS 5.0 dengan kelajuan sehingga 10.8GB/s — Fokus AI pada peranti

    Samsung mengumumkan pembangunan storan UFS 5.0 generasi baharu yang menawarkan prestasi sehingga dua kali lebih pantas berbanding UFS 4.1 selain direka untuk...

    vivo lancar Concept Store baharu di Sunway Velocity Mall dengan pameran “imaging” tersendiri

    vivo Malaysia bakal membuka Concept Store baharu di Sunway Velocity Mall pada 27 Jun 2026 dengan membawa konsep lebih interaktif menerusi Immersive...

    Samsung kini pilih ChatGPT untuk bantu pembangunan produk dan operasi syarikat

    Samsung dan OpenAI kini mengembangkan kerjasama mereka ke peringkat baharu apabila Samsung dilaporkan akan menyediakan ChatGPT Enterprise dan Codex kepada semua pekerja...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...