More

    HONOR MagicBook Art 14 (2025) turut rasmi di Malaysia dengan Intel Core Ultra 7 255H berharga RM5,999

    Selain daripada MagicPad 3, HONOR Malaysia turut melancarkan komputer riba terbaharu dengan HONOR MagicBook Art 14 (2025) yang menggabungkan rekaan bergaya dan prestasi kelas andalan serta ciri privasi unik. Ia hadir dengan rekaan ultra-ringan berketebalan hanya 1 cm dan berat sekitar 1 kg menggunakan aloi magnesium gred aeroangkasa bersama papan kekunci titanium untuk memberikan ketahanan serta rasa premium.

    HONOR MagicBook Art 14 dilengkapi skrin OLED sentuh 14.6 inci dengan resolusi 3120 x 2080, nisbah skrin-ke-badan 97 peratus dan kecerahan puncak 1600 nits. Teknologi Anti-Pantulan dan pensijilan TÜV Rheinland bagi cahaya biru rendah serta bebas kerlipan membantu mengurangkan keletihan mata manakala sokongan sentuhan 10-poin memberi kawalan yang lebih responsif.

    Komputer riba ini turut menawarkan bateri 60Wh yang mampu bertahan sehingga 10 jam untuk penggunaan biasa yang menyokong pengecasan pantas 65W. Daripada segi prestasi, HONOR MagicBook Art 14 dipacu oleh pemproses Intel Core Ultra 7 255H yang digandingkan dengan RAM 32GB dan storan SSD 1TB.

    Teknologi HONOR Turbo X membantu mengekalkan prestasi tinggi dan suhu operasi yang stabil. Sistem HONOR Spatial Audio dengan enam pembesar suara premium dan tiga mikrofon digital turut disertakan untuk pengalaman audio yang lebih jelas dan imersif. Privasi kekal menjadi fokus dengan kehadiran kamera magnetik boleh tanggal iaitu inovasi pertama dalam industri yang diperkenalkan HONOR pada generasi terdahulu.

    Menariknya, kamera ini boleh dicabut dan disimpan di sisi komputer riba apabila tidak digunakan melindungi pengguna daripada risiko akses tidak sah. HONOR juga melengkapkan komputer riba ini dengan fungsi AI Cross-OS WorkStation yang memudahkan perkongsian fail serta skrin merentas peranti selain penambahbaikan berasaskan AI.

    HONOR MagicBook Art 14 (2025) dijual pada harga RM5,999 dan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Mocha Brown serta Emerald Green. Jualan bermula pada 22 Ogos 2025 di HONOR Experience Store, pengedar sah serta platform dalam talian. Setiap pembelian disertakan hadiah percuma bernilai RM508 termasuk langganan Microsoft 365 Personal selama setahun dan beg galas HONOR Backpack.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...