More

    HONOR MagicPad 3 rasmi di Malaysia dengan SD 8 Gen 3, skrin 165Hz dan bateri 12,450mAh berharga RM2,999

    HONOR Malaysia hari ini memperkenalkan HONOR MagicPad 3 iaitu sebuah tablet andalan terbaharu yang direka untuk kerja, hiburan, permainan dan kreativiti. Hadir dengan paparan besar 13.3 inci 3.2K, bateri ultra besar 12,450mAh dan cipset Snapdragon 8 Gen 3, ia menawarkan prestasi setaraf komputer riba dalam rekaan nipis serta mudah alih.

    MagicPad 3 menampilkan paparan 13.3 inci 3.2K dengan kadar segar semula 165Hz yang merupakan tertinggi dalam industri lengkap dengan tujuh teknologi perlindungan mata dan pensijilan IMAX Enhanced untuk pengalaman menonton seperti panggung wayang mudah alih.

    Tablet ini juga menawarkan ciri produktiviti berkuasa AI melalui HONOR Docs dan AI Notes dengan fungsi transkripsi suara-ke-teks, terjemahan segera dan peluasan teks pintar. Ia menyokong papan kekunci pintar, pensil Bluetooth, sambungan HDMI untuk pembentangan serta perkongsian fail lancar dengan peranti Apple.

    Daripada segi kuasa, peranti dipacu bateri 12,450mAh bersama pengecas pantas HONOR SuperCharge 66W dan dilengkapi Snapdragon 8 Gen 3 serta sistem penyejukan 12 lapis bagi prestasi stabil walaupun digunakan secara berat. Bagi peminat permainan, ia turut menyokong pengawal luaran untuk pengalaman setaraf konsol mudah alih.

    HONOR MagicPad 3 hadir dalam warna putih dan kelabu dengan RAM 32GB (HONOR RAM Turbo 16GB) serta storan 512GB berharga RM2,999. Pembelian turut menawarkan hadiah percuma bernilai RM998 termasuk HONOR Magic Pencil 3 dan HONOR Smart Touchpad Keyboard. Ia ini akan tersedia di semua platform rasmi HONOR Malaysia bermula 22 Ogos 2025.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured